Kesan Cas Oksida Pada Transistor BJT

Oleh sebab terdapat cas positif pada antaramuka maka bagi semikonduktor jenis p, lapisan susutan atau penyongsang akan terbentuk pada permukaan. Manakala bagi jenis n, lubang akan ditarik ke permukaan dan keberintangan di permukaan akan berkurang. Kesan-kesan ini akan mempengaruhi operasi transistor.

Kawasan pemungut merupakan kawasan yang paling dipengaruhi oleh kesan permukaan kerana pemungut mesti mempunyai keberintangan yang tinggi supaya voltan runtuh tinggi dan kapasitans parasit rendah. Bagi transistor p-n-p, kawasan jenis n akan terbentuk pada permukaan pemungut dan membentuk saluran yang menyambungkan tapak dengan pemungut seperti yang digambarkan pada Rajah 12. Keadaan ini akan mengalirkan arus yang besar semasa pemungut dipincang balikkan atau dengan lain perkataan arus bocor yang tinggi.

Rajah 12 : Kesan cas positif oksida pada transistor p-n-p, pembentukan
saluran n pada kawasan pemungut

Bagi transistor n-p-n pula, saluran n terbentuk antara pemancar dan pemungut seperti pada Rajah 13. Keadaan ini akan meruntuhkan voltan runtuh simpangan pemancar-pemungut.

Rajah 13 : Kesan cas positif oksida pada transistor n-p-n, pembentukan
saluran n pada kawasan tapak

��home

��main

 

��previous

next